Thursday, April 25, 2024
Home Utama Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam – Menteri Agama

Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam hari ini.

Beliau menjelaskan, ini kerana Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

“Nasihat ini juga berpandukan kepada ketetapan panduan yang telah dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan.

“Batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

“Justeru, dengan prinsip ini umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa-apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam,” katanya menerusi hantaran Facebook di sini.

Sementara itu, Mohd Na’im meminta seluruh rakyat Malaysia agar menghormati perayaan setiap agama di negara kerana ia adalah asas kerukunan hidup yang harmoni di antara penganut agama.

“Agama Islam juga menyeru supaya umat Islam sentiasa menjaga kerukunan dalam masyarakat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tahniah atas ketegasan…..MALANGNYA PM NAJIB RAZAK BEGITU TERUJA BERSAMA DI BATU CAVES setiap kali….alasan 1 MALAYSIA

Comments are closed.