KUALA LUMPUR – Pemain baharu Selangor FC, V. Ruventhiran mengakui agak bergelut untuk mengejar corak latihan yang diketengahkan bersama Selangor FC.
Namun, bekas pemain PC City itu tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri sambil menyifatkan taktikal yang dibawa oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe mudah difahami.
“Satu bulan ini agak bergelut juga sebab kami yang terlibat skuad kebangsaan masuk lambat manakala yang lain sudah bersedia lebih awal.
“Tapi jurulatih seperti Cheng Hoe, Ramon Marcote dan Nidzam Jamil banyak membantu untuk kami lebih mudah menyesuaikan diri dengan cara bermain pasukan Selangor.
“Banyak beza ketika saya di PJ City di mana dekat sana lebih fokus untuk disiplin dalam aspek bertahan, tetapi di bawah Cheng Hoe, kami lebih selesa dengan bola dan itu adalah sesuatu yang saya inginkan untuk beraksi nanti”, katanya.
Baru-baru ini, Selangor muncul naib juara Piala Harapan selepas 1-2 kepada Penang FC pada perlawanan akhir. – MalaysiaGazette