Tan Sri Hassan Marican

KUALA LUMPUR – Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kumpulan penasihat itu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi.

Mereka bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan, katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. – MalaysiaGazette