Lim Kit Siang Parlimen PRU-15 Najib
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Vateran DAP menyifatkan Indonesia berada satu langkah ke hadapan berbanding Malaysia dalam memberikan makna baharu kepada ‘perpaduan dari kepelbagaian’.

Katanya, rakyat negara itu meraikan perayaan-perayaan utama pelbagai etnik, kaum dan budaya dunia untuk membawa persefahaman dan keharmonian antara tamadun.

Malah Kit Siang turut memuji Presiden Indonesia Joko Widodo yang turut memakai pakaian tradisi Cina ketika sambutan Tahun Baharu Cina di negara itu.

“Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo dan beberapa orang menteri Kabinet mereka bukan sahaja menyampaikan ucapan mereka kepada komuniti Cina di Indonesia, dengan Tahun Baharu Cina disambut sebagai cuti umum di Indonesia – negara majoriti Muslim terbesar di dunia – tetapi Jokowi juga memakai pakaian tradisi Cina untuk sambutan Tahun Baru Cina di Indonesia.

“Sekiranya Perdana Menteri Malaysia telah memakai pakaian tradisi Cina untuk sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia, adakah dia akan dituduh sebagai mengkhianati orang Melayu demi kepentingan orang Cina di Malaysia?

“Atau adakah dia akan dipuji kerana menunjukkan cara untuk para pemimpin dunia mempromosikan dialog, persefahaman, dan keharmonian antara tamadun?” soal beliau.

Serentak itu Kit Siang mempersoalkan, sama ada rakyat Malaysia dapat mempelajari apa-apa dari Indonesia mengenai usaha untuk mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara tamadun.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Malaysia menjadi penggerak usaha mempromosikan dialog, persefahaman, dan keharmonian dalam arena global dan bukannya mencetuskan pertembungan di antara budaya.

“Tidak ada sesiapa yang mahu orang Melayu menjadi Cina, Cina menjadi India, India menjadi Dayak, atau Dayak menjadi Kadazan.

“Sama juga, tidak ada sesiapa pun yang mahu orang Islam menjadi Buddha, Buddha menjadi Hindu, atau Hindu menjadi Kristian. Perkara ini bukanlah “Perpaduan dalam Kepelbagaian”!

“Malaysia berada di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia – Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat – dan rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik, bahasa, agama, atau budaya, perlulah menggunakan nilai-nilai terbaik dari empat tamadun hebat ini untuk membina semula sebuah Malaysia hebat yang bertaraf dunia,” kata Kit Siang.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Indonesia sekolah satu sistem je. sekolah bernakular macam Malaysia takde. hapuskan sistem vernakular kat Malaysia Dan follow semua negara ada satu sistem sekolah Kebangsaan. barulah semua kaum Bersatu padu Dan erat

Comments are closed.