KUALA KUMPUR – Sebuah foto memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim solat berjemaah berimamkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menarik perhatian netizan.

Foto berkenaan dirakam ketika Anwar hadir buat kali pertama ke ibu pejabat UMNO malam tadi setelah 25 tahun ‘dibuang’ daripada parti itu telah dikongsi di Facebook Perdana Menteri.

Solat berjemaah itu turut disertai Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Zambry Abd. Kadir.

Pelbagai tafsiran dibuat terhadap foto solat berjemaah pemimpin Kerajaan Perpaduan itu.

Ramai yang senang melihat Anwar bersama-sama semula dengan kepimpinan UMNO selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden parti itu pada 1998 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Presiden UMNO ketika itu.

“Anwar jadi makmum Asyraf jadi imam ini menunjukkan Anwar tidak monopoli semua keadaan dan kebolehan,” kata Mohd. Sayuti Omar II.

“Anwar memberi laluan kepada orang muda dan yang ada title ustaz tanda menghormati dan rendah diri,” komen Faizun Nasrun.

“Ya bukan senang untuk menunduk. Anwar telah buktikan. Alhamdulillah,” kata Sufian Sulaiman.

“DSAI memang berhati mulia. Banyak halangan dan dugaan yang dia tempuh. Tapi semua itu dia buang kerana niatnya hanya untuk melihat rakyat senang dan Malaysia ini gemilang,” komen Norizan Hamjah.

“Apa pun fahaman politik, ketegasan sesuatu prinsip. Tapi akhirnya kepada Allah kita akan kembali. Ini adalah contoh di mana Islam tetap bersama,” kata Acied Mursyeed.

“Semua disatukan dalam solat. Siapa tahu kitaran hidup dulu, mesti rasa terharu tengok gambar ni,” kata Adillah Ismail.

“Terbaiklah. Sejadah pun bukan sorang-sorang,” komen Firdaus Othman.

“Betul. Ini namanya rapatkan saf eratkan silaturahim semua parti,” balas Min Matin.

“Sejuk mata memandang. Syukur padaMu Tuhan di atas kedamaian yang ku rasakan ini. Malaysiaku aman damai masyarakat madani,” kata MoranBalan Yan.

Menara Dato’ Onn menjadi lokasi pertama Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan semalam.

Mesyuarat malam tadi bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.

Ia melibatkan Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik. – MalaysiaGazette