Penolong pegawai perubatan ditahan rasuah pengurusan jenazah di Mahkamah MajistretTemerloh hari ini.

KUANTAN – Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital di Temerloh dekat sini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan berjumlah RM17,859 berkaitan pengurusan jenazah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamed Shah Reza Noot Azman susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan SPRM cawangan Temerloh semalam dalam siasatan rasuah bagi urusan berkaitan pengurusan jenazah yang berlaku di hospital berkenaan antara tahun 2021 hingga 2022.

Suspek yang bertugas di Unit Perubatan Forensik dipercayai menerima wang suapan terbabit daripada ejen-ejen pengurusan sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast