Sebelum ini, jenama Bliese telah bersama pasukan bola sepak akar umbi di Kuala Lumpur iaitu KL Rovers Academy.

KUALA LUMPUR – Jenama pewangi yang semakin dikenali di Malaysia dan rantau Asia Tenggara memberi gambaran pihaknya akan bersama salah satu pasukan bola sepak liga Super Malaysia musim 2023.

Pengasasnya, Suhaimi Saiful mengakui beberapa pasukan dari selatan tanah air, Lembah Kelang dan utara ada mempelawa Bliese untuk bersama pasukan mereka.

“Kami memang berminat dan sedang meneliti beberapa perkara dari sudut pemasaran dan pembangunan produk.

“Kami juga akan menghadiahkan sesuatu yang baru kepada pengguna serta ejen Bliese tidak lama lagi,” katanya.

Suhaimi Saiful

Menurut Suhaimi, bola sepak satu permainan global dengan peminatnya yang unik.

“Jadi kami merancang untuk bersama salah satu pasukan sebagai tanda terima kasih dan hadiah kepada penyokong wangian Bliese,” ujarnya.

Sebelum ini, jenama Bliese telah bersama pasukan bola sepak akar umbi di Kuala Lumpur iaitu KL Rovers Academy lebih dua tahun, katanya.

“Kami percaya dengan melibatkan diri dengan pasukan ini masyarakat dan komuniti akan lebih menerima jenama Bliese sebagai jenama wangian pilihan keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast