Enam individu dilaporkan maut dalam tragedi sebuah van terbabas di Kilometer 4.8, jalan turun dari Genting Highlands dekat sini hari ini.- Gambar ihsan Bomba dan Penyelamat Pahang.

KUANTAN – Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan van persiaran di Kilometer 4.8, Genting Highlands dekat sini yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah meninggal dunia.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa kelapan itu, Chew Chong Beh berusia tahun 73 tahun.

“Pada pukul 1.46 petang hari ini, seorang lagi mangsa kemalangan yang dirawat di HKL telah meninggal dunia. Polis mengesahkan kini seramai lapan orang mangsa meninggal dunia akibat kemalangan itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Manakala lagi enam orang mangsa cedera iaitu empat daripadanya masih menerima rawatan di HKL, seorang di Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh dan seorang lagi telah dibenarkan keluar.

Kelmarin seramai enam individu maut dalam tragedi sebuah van persiaran dengan 13 penumpang terbabas merempuh konkrit pembahagi jalan di Kilometer 4.8 jalan turun dari Genting Highlands pada jam 1.15 petang.

Mangsa ketujuh pula dilaporkan meninggal dunia malam semalam ketika mendapatkan rawatan di HKL dan terbaharu mangsa kelapan disahkan meninggal dunia hari ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis sahkan semula identiti mangsa insiden van terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast