KUALA LUMPUR – Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, keadaan sama turut berlaku di seluruh Melaka.
“Cuaca sama turut melanda di beberapa daerah di empat negeri lain termasuk Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.
“Manakala di Sabah dan Sarawak hujan lebat dan ribut petir di beberapa daerah diramal hingga 6 petang ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut agensi kaji cuaca itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette