Dr Muhamad Akmal

KUALA LUMPUR – Jika ada atlet negara yang dikenakan tindakan tegas di atas kenyataan yang berbaur perkauman, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diminta mengenakan perkara sama ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy.

Naib Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, Malaysia tidak memerlukan pemimpin seperti Ramasamy.

”Pada YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim, jika atlet kita dikenakan tindakan atas kenyataan yang berbaur perkauman walaupun atlet itu tidak menyebut mana-mana bangsa atas kenyataan itu, maka saya harap tindakan yang sama malah lebih tegas juga perlu diambil terhadap individu ini.

”Jika tiada tindakan diambil, saya percaya ini akan menjadi barah di dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas kenyataan Ramasamy yang mahu Perdana Menteri mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu, Akmal menegaskan, dominasi orang Melayu di dalam sektor perkhidmatan awam salah satu sebab utamanya adalah bangsa itu mewakili sebanyak 60 peratus penduduk negara ini.

Maka sudah tentu perkhidmatan awam didominasi oleh kaum yang paling ramai.

”Boleh lihat pada mana-mana negara dalam dunia bangsa apa yang mendominasi perkhidmatan awam negara mereka, sudah tentu ia akan didominasi oleh bangsa yang dominan di dalam negara tersebut,” ujarnya.

Semalam, Ramasamy menggesa Perdana Menteri mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramasamy berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Ini kerana, dakwanya, hujah berkenaan digunakan Mahathir untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.

Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. anwar dan DAPIGS seperti lagu dan irama tidak boleh dipisahkan…penasihat utama LKSiang
    saya ulang saya ulang saya ulang….

    22 bulan DAPIG PORAK PERANDA NEGARA….melayu yang menyokong jadi LAYU DAN HILANG TELOR SEKARANG BARU 2 BULAN mula mula porak peranda negara…UMNOngok telah dijuburi DAPIGS terus membisu demi perpaduan kerana DAPIGS sebagai kawan terbaik dan setia
    atlet tersebut tidak sebut KELING pun

  2. Anwar akan hilang sokongan dan undi org Melayu jika tidak ambil tindakan kepada Ramasamy yg sangat rasis ini..dan DAP akan sentiasa terpalit sebagai parti anti Melayu

  3. Kalau Ramasamy mati perpaduan bangsa cina,melayu dan india akan berada pada tahap terbaik dan harmoni.Malaysia tidak perlukan Ramasamy yg rasis.
    Apakah konsep kepimpinan DAP mesti bersifat rasis.amat malang rakyat Malaysia jika org seperti ini diangkat mjdi pemimpin utama.

Comments are closed.