Seorang pemuda dikatakan lemas selepas terjatuh dari Jambatan Tanjung Lumpur, di Kuantan pada petang semalam

KUANTAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Tanjung Lumpur memasuki hari kedua.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata,  identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Manakala operasi hari kedua bersambung hari ini  bermula jam 9 pagi dengan melibatkan 13 anggota polis dan bomba.

Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya masih mengesan identiti mangsa berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saksi yang tampil di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur

“Mangsa dikatakan berumur dalam lingkungan 40-an memanjat pagar jambatan sebelum terjun dan ada saksi lain turut terdengar dan melihat seorang lelaki jatuh dan terkapai-kapai lalu tenggelam ke dalam sungai.

“Ketika itu dia dikatakan memakai baju-T berkolar ungu dan seluar panjang berwarna gelap,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast