KUALA LUMPUR – Kebanyakan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu dan bumiputera seperti pekerjaan di sektor kerajaan, biasiswa pendidikan dan lesen-lesen perniagaan adalah apa yang dijanjikan oleh Perlembagaan negara.
Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr. Nordin Kardi berkata, Perlembagaan negara itu telah dipersetujui oleh semua kaum semasa ianya dijadikan undang undang utama negara.
Oleh itu, sesiapa yang mengatakan mereka dapat hanya kerana mereka bumiputera, tak perlulah rasa terhina, rasa bersalah atau rendah diri digelar rasis.
Ia kerana, keistimewaan itu bukan harta curi. Itu memang hak anda, kata beliau.
”Samalah macam anak cucu Ananda Krishnan, anak cucu mendiang Lim Goh Tong dan lain lain yang kaya sangat dan tak pernah pula rasa barsalah atau terasa rasis kerana kekayaan itu.
”Itu warisan harta dari datuk nenek mereka yang dihalalkan undang undang,” tulis Nordin melalui hantaran di Facebook.
Artikel berkaitan:Kerajaan perlu tangani penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam – Ramasamy
Ramasamy jangan hina orang Melayu kerana prejudis pada Anwar – Hasmuni
Kenyataan Ramasamy bukan pandangan DAP – Anwar
Menurut beliau, hak istimewa Melayu dan bumiputera itu adalah harta warisan yang dihalalkan undang undang, yang diwariskan oleh nenek moyang mereka kepada anak, cucu, cicit hasil daripada jerit, perih dan derita mereka membuka Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Tegasnya, derita mereka bukan calang-calang dan tak ada bandingannya zaman sekarang, juga derita kaum Cina di lombong dan Tamil di ladang.
”Cuba cari dan tonton dokumentari Lurah Bilut atau kehidupan lombong dan ladang duku dulu.
”Nenek moyang dulu lebih derita daripada peneroka Lurah Bilut, lebih derita daripada di lombong, lebih derita daripada di ladang,yang diakui sudah cukup derita, cuma tiada dokumentari atau video mengenai mereka,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Ini dasar orang tak sedar diri. Dia dahulu berasal dari air mani yang hanyir yang keluar menerusi lubang yang hancing, sekarang setiap saat sedang membawa tahi yang kotor di dalam perutnya, dan apabila mati nanti menjadi bangkai yang busuk.
Sekian lama Dasar Ekonomi Apartheid aka DEB/NEP beri 30% ekonomi kepada majority pribumi Melayu supaya minority bukan pribumi Cina dan India meraih 70% ekonomi sehingga tergadainya tanah pribumi Singapore dan Penang termasuk tanah rizab Melayu menyusut tinggal hanya 12% jelas melanggar hak perlembagaan keistimewaan Melayu politikus Pak Pandir ooii!
@pak turut, mohon beri cadangan cara penyelesaian kepada masalah ini dan bukan hanya menyuarakan sesuatu yang sudah diketahui umum. Semoga boleh kami ambil manfaat dari ilmu tuan.
sama la disingapura berapa kerat sahaja kaum melayu berkerja disektor kerajaan