Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang tidak dapat berfungsi dengan baik ditutup pada hujung minggu ini untuk ditambahbaik dan tidak menjadi tekanan kepada para guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan akan mengambil beberapa langkah termasuk menggerakkan pasukan pegawai di peringkat daerah dan negeri untuk ke sekolah-sekolah bagi membantu guru mengemas kini data dan melengkapkan proses kerja berkaitan.

”Saya telah menerima banyak aduan dan keluhan berkaitan SPPB yang tidak dapat berfungsi seperti mana para guru harapkan.

”Bagi pihak KPM, saya amat kesal dan memohon maaf atas segala kesulitan dan tekanan yang terpaksa dilalui oleh para guru,” katanya dalam hantaran di Facebook lewat malam tadi.

Beliau membuat kenyataan itu susulan rungutan ketidakpuasan hati guru dengan sistem berkenaan yang sudah lebih seminggu tidak dapat diakses dengan baik.

SPPB ialah satu sistem pengurusan pentaksiran terkini, berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM samada berkaitan murid, guru dan institusi pendidikan.

Meskipun kenyataan itu sudah dibuat oleh Fadhlina, namun rata-rata golongan pendidik tetap tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem berkenaan yang didakwa menyusahkan guru.

”YB, boleh tak jalankan siasatan pihak manakah yang memperoleh tender untuk server dan sistem Idme ini. Siasat juga pegawai manakah di KPM yang mencadangkan Idme ini. Nampak mengarut sangat”.

”Mohon pihak atasan JPN dan PPD jangan kerah para guru untuk isi idME sampai bagi due date merapu. Dah tau sistem bermasalah tapi buat arahan bukan-bukan”.

”Pada saat ini, saya amat yakin hampir 90% guru-guru sudah memahami tugas masing-masing berdasarkan peranan yang ditetapkan. Masalahnya, server yang teruk. Selesaikan dahulu masalah server. Itu yang memberikan tekanan kepada guru-guru. Sekiranya tiada masalah diperingkat server, perkara ini pasti sudah hampir selesai dan KPM pasti sudah berjaya mendapatkan data-data yang diperlukan”.

”Yb tolong suarakan, kami guru2 nak guna sistem SAPS sahaja dan tolong upgrade server KPM ye”.

”Sistem dah laju sejak pagi tadi. Masalahnya, banyak lapisan langkah untuk membolehkan guru-guru subjek isi. Guru kelas perlu import manual senarai nama murid bagi setiap subjek dahulu, baru guru subjek boleh isi markah.
Kenapalah tidak diringkaskan sahaja benda tu auto ada bila klik kelas. Bijak sungguh unit IT dekat KPM ni..

Ia merupakan antara komen-komen guru yang ditulis di Facebook Menteri Pendidikan.

Malah, usul Fadhlina yang mahu pegawai-pegawai KPM membantu guru-guru dengan sistem tersebut turut disambut sinis oleh mereka.

”Kalau pegawai mai sekolah, automatik boleh isi Idme dengan lancar ke ? Sebenarnya masalah tak tahu isi atau masalah server?”.

”jgn dibebankan lagi emosi guru dgn kehadiran pegawai² ke sekolah.masalah di sistem aplikasi,bkn pada guru YB”.

”Tak perlu gerakkan pegawai ke sekolah.Dari zaman SAPS guru dh biasa isi sendiri dalam talian .Isu sekarang server tu tak membantu memudahkan tugas.Benda yg boleh siap 30minit untuk satu kelas jd berhari-hari prosesnya.Bila simpan hilang plk.Kerja 2-3 hari yg akhirnya sia-sia”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. KPM JADI PAK PANDIR….riuh negara upsr pt3 hapus kerana orientasi peperiksaan….sekarang sumbat otak guru-guru dengan isi seribu macam data yang berjela2 untu markah…jangan sebut peperiksaan tapi panggil ujian…

    jangan lupa BELANJA JUTAAN RINGGIT untuk DASAR PPSMI akhirnya berkubur kerana KPM terlalu ego untuk menerima pandangan luar….PBS tukar PBD…ISU beg berat….jadual waktu tidak seragam KPM hanya minta maaf jika terkena HIDUNG SENDIRI….tapi jika guru-guru gagal minta TUNJUK SEBAB dan TINDAKAN TATATERTIB….ATASAN KPM sanggup ke bagi tunjuk sebab dan tatatertib

Comments are closed.