MUADZAM SHAH – Tiga wanita maut manakala pemandu treler terselamat dalam nahas membabitkan Perodua Myvi dan sebuah lori treler membawa muatan kelapa sawit lewat malam tadi.
Komander Operasi PBK Zahri Zainal berkata, kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan iaitu di Jalan Muadzam Shah menghala ke Rompi berdekatan kilang Farm Fresh.
Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dikejarkan ke tempat kejadian dan bertindak menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Identiti ketiga-tiga mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Nurul Natasha Ahmad Akbal, 22; Nazira Ramli, 23; dan Suhada Ramli, 22.
Kesemua mangsa beralamat di Felda Selendang 1, Rompin Pahang.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette
innallilahiwainnailaihirojiun Salam takziah buat keluarga