P. Ramasamy.-

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy disifatkan sebagai jahil untuk memahami maksud keadilan dalam bernegara.

Malah, beliau juga disifatkan seorang ahli politik yang tidak menghormati sejarah negara ini hanya semata-mata mahu jadi jaguh dalam politik DAP yang sempit, kata Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim.

“Logik beliau keadilan dalam pentadbiran kerajaan ialah dengan memecahkan dominasi iaitu monopoli penjawat awam dalam kalangan kaum Melayu kepada kaum lain.

“Dominasi juga boleh difahami sebagai monopoli, ini satu istilah jahat yang digunakan untuk menggambarkan wujudnya ‘polarisasi’ ke atas kaum tertentu. Ini namanya permainan politik hasad.

“Dengan kata lain, Ramasamy cuba bermain ayat dengan menyembunyikan sentimen perkauman,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mahdzir lagi, kenyataan Ramasamy yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memecahkan dominasi Melayu dalam sektor awa, adalah suatu kenyataan melulu dan juling dalam memahami masalah.

Dalam pada itu Mahdzir berkata, Ramasamy sendiri tidak pernah mewakli masyarakat India dalam karier politiknya dan beliau juga tidak pernah dilantik mewakili kaum India untuk bercakap sebagai pemimpin kaum itu.

“Jadi, apa yang disebut oleh beliau, tidak akan dan tidak pernah mewakili kaum India di Malaysia.

“Kaum India di Malaysia ialah warga yang taat dan patuh kepada perlembagaan negara, sama seperti kaum Cina.

“Malah, ada d ikalangan rakan-rakan saya baik Cina atau India, lebih arif dan menyanjung Malaysia sebagai tanah tumpah darahnya,” ujarnya.

Katanya, semua pihak harus faham sejarah negara ini yang mempunyai sejarah panjang dan hakikat Tanah Melayu amat luas satu masa dahulu.

“Semenanjung Malaysia hari ini adalah warisan Tanah Melayu, ini adalah dunia Nusantara yang merangkumi gugusan ribuan kepulauan dari Sumatera hingga ke Papua, dari Myanmar hingga ke Vietnam, semua ini asalnya berakar dari tamadun bangsa Melayu.

“Identiti ini mempunyai hak untuk dipelihara, dikekal atau dipertahankan selagi ia tidak menzalimi mana-mana kaum. Perlembagaan Malaysia lahir dari kesedaran ini,” katanya.

Menurutnya, apabila berlaku revolusi atau evolusi dalam kuasa politik, ekonomi dan penghijrahan rentas sempadan sejak ratusan tahun, maka menjadi kewajipan ‘keluarga baharu’ yang ada di negara ini untuk menghormati nilai, tradisi dan identiti negara baharunya.

“Tanah ini ada haknya. Mengapa ada yang begitu sombong dan enggan untuk sama-sama menghormatinya,” soalnya.

Masalah utama dalam pekhidmatan awam, katanya, ialah keberkesanan dan kecekapan tadbir urus dan bukan soal bangsa yang menjadi pekerjanya.

“Ini sepatutnya menjadi isu utama dan harus diberi tumpuan bagaimana produktiviti perkhidmatan boleh ditingkatkan. Tidak ada mana-mana kajian empirikal yang mengaitkan potensi seseorang berdasarkan ras bangsanya,” katanya. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Kenapa Melayu marah dengan Ramasamy?
    Siap kata….
    Bukan wakili kaum India
    Juling dan melulu dalam kenyataan
    Tidak hormati sejarah
    Jahat sebab seimbangkan monopoly
    hello Mahdzir…..
    Ramasamy tu beridea bernas dan tidak melanggar Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia…
    yang kau ni dah kenapa?
    kau rasa kau cukup CERDIK ke tapi kau tidak tahu orang lain bukan bodoh pun…
    kau gunakanlah apa-apa peruntukan untuk dakwanya..
    kau ni buat bangsa bukan Melayu tahu kelemahan bangsa yang mengaku CERDIK tapi terlalu tidak berperlajaran.
    harapkan orang macam kau?… TELOR ayam pun tidak terurus apalagi nak buat kain tutup badan…
    harap kau tidak menyeret bangsa Melayu CERDIK lain kekancah idea songsang kau.

Comments are closed.