David De Gea.

LONDON – Penjaga gol, David de Gea kini telah menyamai rekod clean sheet dipegang Peter Schmeichel untuk Manchester United selepas muncul dalam penampilan ke-400 bersama kelab itu awal pagi tadi.

De Gea mencipta sejarah di Liga Perdana Inggeris selepas diletakkan dalam kesebelasan utama menentang Leeds.

Penjaga gol Sepanyol itu menjadi pemain bukan Inggeris pertama membuat lebih daripada 400 penampilan untuk sebuah kelab.

De Gea kini tersenarai bersama lapan pemain bukan Inggeris yang telah bermain lebih 400 perlawanan di liga itu, namun tiada satu pun penampilan mereka direkodkan di satu kelab sahaja.

Pencapaian itu akan menjadi pencapaian yang luar biasa De Gea yang menjadi tonggak utama di United sejak berpindah masuk pada 2011.

De Gea menandatangani kontrak dari kelab zaman kanak-kanaknya, Atletico Madrid ketika usia 20 tahun dengan bayaran sekitar £20 juta.

Penjaga gol itu terbukti sebagai salah satu pemain terbaik dalam sejarah United.

De Gea telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Sir Matt Busby di kelab itu dengan rekod empat kali yang dikongsi bersama Cristiano Ronaldo.

Selain itu, ia bukan rekod penampilan sahaja yang De Gea akan leburkan.

De Gea kini menduduki tempat kedua dalam senarai rekod tidak dibolosi sepanjang masa United dan hanya kurang dua untuk menyamai rekod lama Peter Schmeichel iaitu 180 untuk kelab itu.

Pemain berusia 32 tahun itu sudah pastinya berharap untuk merapatkan jurang dengan bekas pemain Great Dane pada pertemuan yang mana United dalam misi untuk kembali ke landasan kemenangan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast