KOTA BHARU – Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan itu bagi sesi pemilihan parti 2023-2025.
Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Peguam (PPUM) Pemuda UMNO Malaysia berkata, tawaran itu dibuatnya bagi membolehkan dirinya meneruskan visi dan misi sayap parti berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat.
Kata anak jati Ketereh, Kelantan yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang, LL.B (Hons) Universiti Teknologi Mara (UiTM), sepanjang berkhidmat dalam parti, Pemuda UMNO banyak menyumbangkan khidmat guaman percuma kepada golongan memerlukan.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Legal Pemuda UMNO dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bhagian Ketereh.
Selain itu turut memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pengerusi Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan, Komander Pasukan CDERT-APM Ketereh, Pengerusi Pertubuhan Sukarlewan Bencana Ketereh dan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Kelantan.
Nik Saiful merupakan peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya serta Peguam Syarie Kelantan.
Sepanjang mengetuai Sekretariat Peguam (PPUM) Pemuda UMNO Malaysia, biro itu telah menyediakan khidmat guaman percuma untuk Pemuda sejak 2018. – MalaysiaGazette
















