Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub beramah mesra bersama pelanggan ketika hadir ke majlis pelancaran Menu Rahmah anjuran Persatuan Restoran Muslin Malaysia (Presma) di Restoran Nasi Kandar Stadium Cheras, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal mengumumkan berita gembira kepada rakyat menerusi inisiatif Rahmah yang akan diperluaskan dalam industri pakaian menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sedang mengadakan sesi libat urus dengan industri pakaian untuk menawarkan harga yang berpatutan untuk golongan B40 khususnya.

Ujarnya, usaha meluaskan inisiatif tersebut berdasarkan sambutan baik dalam kalangan industri makanan.

“KPDN mendapati Menu Rahmah telah  banyak memberikan motivasi kepada semua restoran, gerai dan warung yang semakin meningkat.

“Sekarang ini, ada  ini ada minuman Rahmah, burger Rahmah, kek dan durian.

“Saya sedang mengatur satu libat urus dengan pemilik industri pakaian dan saya harapkan menjelang sambutan bulan puasa ada lg berita gembira untuk rakyat Malaysia dapat menikmati Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika sidang media di Restoran Nasi Kandar di Stadium Cheras hari ini.

Jelas Salahuddin, harga pakaian yang dijual menerusi program Rahmah itu dijangka lebih rendah berbanding harga pasaran.

Dalam pada itu, beliau berkata, sesi libat urus inisiatif Menu Rahmah dengan pemilik industri diteruskan sepanjang empat bulan ini.

“Sesi libat urus ada enam bulan kita suda lakukannya dua bulan ini kita teruskan lagi dan dijangka akan ada lagi restoran lain  ikuti insiatif ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast