Seekor buaya muncul di tepi [arit di Cenderawasih, Kuantan selama dua jam hari ini

KUANTAN – Kemunculan seekor buaya tembaga di tepi parit di kawasan Cenderawasih, Kuantan seolah-olah bersantai selama dua jam menarik perhatian umum hari ini.

Reptilia sepanjang hampir dua meter itu dikatakan terdampar pada jam 5 petang mendapat perhatian penduduk setempaat yang tidak mahu melepaskan aksi bersahaja haiwan itu.

Menurut penduduk, sudah dua ekor buaya ditemui di sini termasuk buaya yang lebih besar saiznya.

Lebih daripada 100 penduduk yang tinggal di lokasi berhampiran seperti kawasan Medan Warisan dan Bukit Setongkol turut turun padang, malah ada yang merakam gambar dan video.

Difahamkan buaya di itu kerap muncul apabila berlaku fenomena air pasang dan segelintir pihak mengharapkan agar pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Pahang mengambil tindakan sewajarnya.

Kira-kira jam 7 malam, buaya itu beredar dan berenang menghala ke muara Sungai Kuantan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.