Chang Lih Kang

KUALA LUMPUR – Lynas Rare Earths Ltd. (Lynas) tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti yang akan menghasilkan sisa radioaktif di Malaysia selepas bulan Julai 2023.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang mengesahkan perkara itu berkata, sidang akhbar bagi menjelaskan perkara itu akan dibuat esok.

Beliau menjawab berkata demikian permintaan Lynas menerusi kenyataan media yang meminta untuk menggugurkan empat syarat berkaitan aktiviti projek itu tidak dipertimbangkan.

“Lynas telah dimaklumkan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), di mana permintaan Lynas untuk menggugurkan empat syarat berkaitan aktiviti cracking & leaching (C&L), penjanaan residu Water Leach Purification (WLP) dan pengimportan pekatan lantanid daripada Australia TIDAK dipertimbangkan,” katanya menerusi Twitter.

Lynas hari ini mengesahkan subsidarinya Lynas Malaysia sudah menerima kelulusan pembaharuan lesen operasi daripada Jabatan Tenaga Atom berkuat kuasa 3 Mac 2023 untuk tempoh tiga tahun.

Lesen yang sudah diperbaharui itu diberikan tanpa perubahan kepada syarat yang tertakluk kepada lesen dikeluarkan pada Mac 2020, yang mana melarang mengimport dan memproses pemekat lantanid selepas 1 Julai 2023.

“Kami kecewa kerana syarat dalam lesen operasi pada 2020 masih dikekalkan walaupun selepas 10 tahun beroperasi dengan selamat di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas, Amanda Lacaze dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

Lynas kecewa biarpun lesen operasi diperbaharui tiga tahun lagi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast