Putrajaya akan tetap menghantar pasukan bagi membantu Syria dalam menghadapi gempa bumi di negara itu walaupun terdapat sekatan daripada Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sudah menghantar bantuan ubat-ubatan kepada Syria sebelum sekatan terhadap negara itu dibuat oleh AS.