Khaled Afghanistan
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memansuhkan pinjaman hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bersasar kepada golongan B40 dan miskin.

Menteri Pendidikan Tingg,i Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan ujuran sekiranya pemansuhan itu dilaksanakan ia akan melibatkan pelupusan RM42.34 bilion.

Tambah Mohamed Khaled, pemansuhan itu bakal melibatkan 1.84 juta golongan miskin dan B40.

Beliau menegaskan, kerajaan perpaduan daripada pelbagai politik hanya akan melaksanakan manifesto pilihan raya umum yang serupa.

“Kesemua blok politik yang pernah menjadi kerajaan, sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional tidak pernah membuat keputusan untuk menghapuskan hutang PTPTN ketika memerintah.

“Saya juga menekankan bahawa Kerajaan sedia ada adalah Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan pelbagai parti politik. Kerajaan telah memutuskan untuk menerima pakai sebarang manifesto pelbagai parti politik tersebut yang sama atau serupa sahaja.

“Walau bagaimanapun tidak semua parti politik yang membentuk Kerajaan sedia ada menawarkan perkara yang sama berkenaan PTPTN,” kata Mohamad Khaled.

Beliau menegaskan, Kerajaan akan mengambil kira keupayaan kewangan dan kelangsungan PTPTN dalam membuat sebarang keputusan.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Machang Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat.

Beliau berkaya, Kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan peminjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman.

Pelbagai cara dan inisiatif yang dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman.

Katanya, antara pendekatan yang diambil termasuk penangguhan bayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan.

Penstrukturan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan pinjaman.

Pemberian diskaun bayaran balik sekiranya dilakukan bayaran secara sekaligus dengan penuh.

Bayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian untuk memberi ruang kepada peminjam membuat persediaan sewajarnya serta memperoleh pendapatan yang stabil.

“Oleh hal yang demikian, saya menyeru dan memohon kepada semua ahli dan parti politik dari pihak atau blok mana sekalipun untuk berhenti mempolitikkan PTPTN,” kata Mohamed Khaled.-MalaysiaGazette