Seorang lelaki bergelar Datuk antara dua individu ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan mengemukakan penyata akaun bank syarikat palsu bagi mendapatkan tender perkhidmatan pembersihan bernilai RM7.97 juta daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

GEORGE TOWN –  Seorang lelaki bergelar Datuk antara dua individu ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan mengemukakan penyata akaun bank syarikat palsu bagi mendapatkan tender perkhidmatan pembersihan bernilai RM7.97 juta daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Perintah tahanan reman selama tiga sehingga 17 Februari itu dikeluarkan Majistret Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Sivil di sini hari ini.

Permohonan reman dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liayana Rozman dan suspek diwakili barisan peguam daripada firma guaman Athimulan & Co.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai palsu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Datuk berusia 64 tahun yang merupakan pemilik sebuah syarikat pembersihan berstatus sendirian berhad itu ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan.

Turut ditahan, seorang pengurus syarikat pembersihan berbeza berusia 74 tahun.

Difahamkan, kedua-dua mereka disyaki mengemukakan penyata bank palsu untuk mendapatkan kerja-kerja tender perkhidmatan pembersihan am selama lima tahun jalan dengan jumlah keseluruhan RM7.97 juta daripada MBSP bagi Zon Bertam dalam daerah Seberang Perai Utara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast