Ketua Pegawai Eksekutif YADIM yang baharu, Zamri Zainal Abidin (kanan) memulakan tugasnya di Putrajaya hari ini.

KUALA LUMPUR – Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Zamri Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu.

Lantikan berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tuan
Kamarul Arief Tuan Soh yang sebelum ini berkhidmat di badan dakwah ini sejak 2019.

Zamri berpengalaman dalam pentadbiran awam hasil khidmat beliau di beberapa agensi sebelum ini, kata YADIM dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum dilantik sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Kanan kepada Exco Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Lulusan Universiti Al Azhar itu juga pernah menjadi Pegawai Khas Hal Ehwal Islam kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum itu, Zamri juga Penerbit Rancangan Kanan Radio Ikim.FM di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

“Pengalaman beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan usaha dakwah diyakini akan dapat memacu YADIM selaku agensi peneraju gerakan dakwah untuk terus menyebar luas rahmah Islam selaras dengan hasrat Malaysia Madan,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette