KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui masih menaruh harapan dalam bidang politik.
Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM dalam segmen Bekpes Hot itu berkata, beliau tidak mahu orang melupakannya.
“Ya lah, serius saya join Hot FM ini kerana ia terbaik dan saya masih ada cita-cita politik, tak nak orang lupa saya.
“Jadi kita boleh gurau setiap pagi,” katanya ketika di konti bersama dua penyampai lain, Johan dan AG.
Sebelum itu, Khairy kalah dalam bertanding sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh dan dipecat daripada UMNO baru-baru ini.
KJ juga terbuka membicarakan bagaimana beliau terbuka hati mahu mencuba bidang kerjaya baharu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.
Siaran Hot FM segmen berkenaan menjadi tumpuan kerana kehadiran KJ dan rata-rata gemar melihat bekas menteri itu berborak secara terbuka dan membuat lawak secara santai.- MalaysiaGazette