Ahmad Maslan hadir ke persidangan Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menjelaskan kepada Parlimen bahawa keputusan kerajaan tidak lagi membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menegaskan, antara sebab keputusan itu adalah pandemik Covid-19 telahpun selesai.

Malah, moratorium pinjaman dan pemberian subsidi upah juga sudah tidak diteruskan.

Selain itu, jumlah purata simpanan ahli melibatkan semua kaum telah berkurangan sebanyak 50 peratus iaitu RM16,100  pada 2019 iaitu sebelum Covid-19 melanda kepada RM8,100 selepas pengeluaran dibenarkan.

Katanya, seramai 6.7 juta ahli atau 51.5 peratus daripada 13.1 juta ahli berumur 55 tahun mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah dan ia melibatkan kumpulan B40 dan M40.

“Jumlah simpanan antara kaum juga meluas purata simpanan ahli Melayu yang melibatkan 7 juta ahli pada April 2020 sebelum dibenarkan pengeluaran ialah RM16,900  tetapi pada 2022 hanya tinggal RM5,500 sahaja.

“Peratusan penurunan ahli bumiputera lain sebanyak 1.4 juta ahli daripada RM10,600 turun kepada RM3,300 sahaja yang tinggal dalam simpanan.

“Oleh kerana itulah mengapa kita tidak bercadang untuk memberikan lagi pengeluaran ini,” kata Ahmad dalam sidang media di lobi Parlimen.

Tambah beliau, sebanyak RM145 bilion telah dikeluarkan oleh 8.1 juta ahli semasa Covid-19 melanda negara.

Mengikut pecahan seramai 5.3 juta ahli mengeluarkan RM20.8 bilion dalam skim i-Lestari, 6.6 juta ahli mengeluarkan RM58.7 bilion dalam i-Sinar, 5.5 juta ahli mengeluarkan RM1.4 dalam i-Citra.

Manakala pengeluaran khas dari April hingga mei 2022 melibatkan 6 juta ahli yang mengeluarkan RM4.6 bilion.

Sementara itu ketika sesi soal jawab, Ahmad berkata, sasaran strategik KWSP adalah untuk mengisytiharkan dividen pada kadar tidak kurang daripada 2.5% setahun seperti yang dinyatakan dalam Akta KWSP 1991.

“Strategi mengalokasikan atau penentuan banyaknya aset pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah sebanyak 66% dan bakinya 34% dalam pasaran luar negara.

”Pelaburan KWSP dalam pasaran itu memberikan penekanan kepada sektor-sektor yang berpotensi memberi pulangan baik dan mampan seperti sektor perkhidmatan kewangan, pembinaan, produk pengguna, tenaga dan penjagaan kesihatan.

“Strategi ini terbukti berdaya tahan dan dinamik dalam mengambil kira ketidaktentuan pasaran saham dan ekonomi serta keadaan portfolio pelaburan,” katanya.

Kejayaan itu dibuktikan melalui pencapaian KWSP yang mengisytiharkan dividen yang sentiasa melebihi 2.5% kadar minimum yang dijamin oleh kerajaan, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan risiko ekonomi global.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. yg kira purata kurg dlm akaun kwsp buat apa ..yg ada lbih dr 10k mcmna .hutg kereta .rumah .bil sana sini .kenaikkan hrga barang so cukai semunya nk dibyr ..ada ke kerajaan nk bg one off duit kerajaan .klu ada bguslh .potong duit mnteri 50% bg kt rakyat 1 kelurga 10k.baru nma kerajaan madani

  2. aku orang biasa tak paham benda benda tu…bagitau terus terang je yg duit kami tu kamu yang nak gunakan untuk benda lain…yang wartawan pun satu ..cuba le tanya menteri menteri tu sekiranya pendapatan mereka 2k-3k sebulan mampukah mereka boleh hidup?

Comments are closed.