KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga 13 Disember 2024 melibatkan lima negeri.
Negeri yang terlibat ialah Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik & Baling) dan Perak (Hulu Perak).
Selain itu negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai); dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus & Kuala Terengganu). – MalaysiaGazette
















