CALIFORNIA – Pelakon Bruce Willis telah didiagnos demensia frontotemporal.
Perkara itu dikongsikan oleh isterinya, Demi Moore melalui media sosial.
Demensia adalah penyakit yang mengakibatkan kemerosotan dalam fungsi kognitif (iaitu keupayaan untuk memproses pemikiran).
Moore berkata, mereka sekeluarga akhirnya lega kerana Bruce telah mendapat pengesahan perubatan.
Aktor berusia 67 tahun itu disahkan menghidap afasia yang menyebabkan beliau sukar bercakap pada musim bunga tahun lalu.
Pengesahan itu dibuat selepas dia didiagnos dengan lebih spesifik.
Dalam kenyataan itu, Moore berkata, demensia frontotemporal adalah bentuk demensia yang paling biasa pada individu di bawah 60 tahun.
“Hari ini tiada rawatan untuk penyakit itu, satu realiti yang kami harap boleh berubah pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
Willis menjadi terkenal pada 1980-an dan 90-an selepas membintangi filem blockbuster seperti Die Hard, The Sixth Sense, Armageddon dan Pulp Fiction.
Dia juga telah dicalonkan untuk lima Golden Globe – memenangi untuk filem Moonlighting dan juga tiga anugerah Emmys, yang mana dia memenangi dua.
Tetapi keluarganya pada tahun lalu memaklumkan Willis akan berhenti berlakon kerana penyakit itu menjejaskan keupayaan kognitifnya. – Agensi