MOSCOW – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya dikeluarkan selepas terperangkap dalam runtuhan selama hampir 248 jam dalam malapetaka gempa bumi yang melanda Turkiye yang setakat ini sudah meragut 36,187 nyawa, lapor Sputnik.

Aleyna Olmaz diselamatkan pada Khamis di daerah Dulkadiroglu wilayah Kahramanmaras dan dibawa ke hospital.

Gambar yang dirakamkan di lokasi kejadian menunjukkan remaja itu dalam keadaan sedar.

Harapan semakin tipis untuk menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat dalam gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari itu.

Berpuluh-puluh negara telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan yang terjejas untuk membantu mempercepat usaha menyelamat. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.