Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan langkah tepat dengan memanggil individu-individu tertentu yang nama mereka direkodkan dalam senarai Pandora Papers.

“Tindakan SPRM menyiasat individu yang namanya terdapat dalam senarai Pandora papers adalah langkah  tepat. Tidak boleh double standard. Semua kena siasat.

“Tidak pilih kasih. SPRM mesti telus dan profesional,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, media melaporkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah berjumpa dengan pegawai penyiasat SPRM di Putrajaya semalam.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dikatakan menghabiskan masa dari pagi hingga tengah hari untuk merakamkan percakapan.

Dalam laporan media berkenaan, siasatan mengenai isu itu dikatakan sudah di peringkat akhir untuk dilengkapkan sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara bagi menanti arahan selanjutnya.

Laporan memetik sumber itu berkata beberapa pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut telah dipanggil sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast