Ahli Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) bersama Global Human Rights Federation (GHRF) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan plakad bantahan mengenai Tuntutan Pengeluaran Kecemasan KWSP 2.0 secara Bersasar diluluskan dengan segera di pekarangan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 17 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta supaya tidak perlu berasa risau dengan nasib pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) Azmi Mohd. Tahir berkata, jika menteri terbabit benar-benar risau mereka perlu turut padang melihat sendiri kehidupan 480,000 pencarum yang telah bersara.

“Adakah mereka mati tak makan? Adakah mereka hidup bergelandangan! Adakah mereka menyusahkan kerajaan? Jawapannya sudah pasti tidak! Mereka tidak menyusahkan kerajaan sedikit pun dan apa yang mereka lakukan.

“Mereka teruskan hidup dengan berniaga kecil-kecilan atau bekerja makan gaji yang mana mampu digalas hanya untuk keperluan harian sahaja sambil menunggu ajal dijemput,” kata Azmi.

Menurut beliau, mengumpul kekayaan bukan menjadi keperluan utama pencarum sebaliknya mereka hanya memerlukan ‘kehidupan yang mencukupi’ sahaja.

Azmi dalam kenyataan media berkata, pencarum boleh hidup berdikari selepas bersara.

“Saya melihat kebimbangan dan kerisauan menteri tidak seimbang dengan hanya bimbangkan kepada pencarum yang mahu membuat pengeluaran kecemasan KWSP 2.0 bersasar ketika ini dan tidak pedulikan pencarum yang telah bersara sebelumnya.

“Maaf pada ketika itu pemimpin pun silih berganti dan bukan kekal selamanya! Dan jangan risau Allah SWT telah menjamin rezeki pada setiap hamba-hambanya di atas muka bumi ini,” tambahnya.

Beliau mengulas laporan media yang kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, jalan penyelesaian lain penting supaya tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti.

Anwar menjelaskan, beliau memahami isu mengenai kebenaran pengeluaran KWSP seperti yang dibangkitkan banyak pihak.

Katanya, sudah banyak kali kebenaran diberi dan ada simpanan pencarum yang semakin berkurangan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Dewan Rakyat dilaporkan berkata, purata simpanan 8.1 juta ahli KWSP membabitkan semua kaum direkod menurun 50 peratus iaitu daripada RM16,600 pada 2016 kepada RM8,100 tahun lalu.

Ia susulan pengeluaran RM145 bilion daripada dana simpanan KWSP ketika negara berdepan pandemik Covid-19.-MalaysiaGazette

14 Komen

    • tepat sekali.. alasan remeh.. sedangkan mereka sendiri senang lenang tidak memperdulikan nasib rakyat yg sebenarnya mmg ketara terbeban sekarang… pengeluaran bersasar ini adalah amat perlu demi kelangsungan perjuangan… yg mereka nak halang dah kenapa? bukan pun solusi mereka dpt membantu…

  1. Setuju dgn apai. Mungkin ada sbb lain yg mnyebabkan PM membantah. Tak pasti sbb apa. Yg pasti keuntungan KWSP paling banyak kot. Sekadar bersuara. Peace!

  2. Ahmad Maslan…kamu boleh ler cakap macam tu.kamu…bil phone,dobi,elctric ,rumah besar,kereta…kerajaan bayor…kami ni…segala kos meningkat…ada kamu turun padang haram tidak….fikirkan lah kami ni rakyat…ada kamu fikir kan….cakap pandai…kerja punggahhhh

  3. Abang tolong bagi tahu PM kalau nak bayar hutang saya ok saya xmahu keluarkan epf saya.Sbb hutang saya telah tertunggak 8k lebih hari2 bank tel saya.

  4. Rumah sewa tertungak 6 bln nasib tuan punya rumah paham….ini di kata kan kerajaan perihatin tp tak paham keluhan rakyat…umur pencarum belum tentu dapat menikmati duit kwsp itu..yg di pikirkan skrg lh keluhan rakyat bkn nasib pencarum di hari tua bila dah brsara

  5. kalau betul2 nak tolong kerajaan patut potong cukai individu kepada 20% supaya duit pendapatan buat balik rumah lagi banyak utk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

  6. jgn jadi Kan isu..berilah kebenaran pencarum mengeluarkan duit mereka..LAGi Pon kerajaan bukan ambil tahu jika pencarum bersara nanti..skg pencarum Ada masalah kewangan Dan Memerlukan Wang pada masa ini..sepatutnya kerajaan Cari alternatif utk meningkatkan lagi Dividen kwsp setiap tahun..

  7. PM tolonglah luluskan pengeluaran KWSP bagi kami yang sangat memerlukan. Tolonglah….

  8. ALASAN YANG TIDAK MASUK AKAL…JIKA TAKUT SANGAT…BENARKAN BERSYARAT BAGI LAH PENGELUARAN AWAL YANG TIDAK LAGI MENCARUM BERHENTI KERJA YANG TIADA MAJIKAN LAGI YANG TIDAK MENARUM ATAU BEKERJA SENDIRI SEDANGKAN KWSP BANYAK DALAM SIMPANAN ..MEREKA INI AMAT PERLUKAN WANG KERANA HENDAK BUAT PUSINGAN MODAL ATAU KELANGSUNGAN HIDUP ..KERAJAAN SANGGUP KE BIARKAN MEREKA INI PENJAM DENGAN AH LONG..ATAU TAMBAH LAGI PINJAMAN YANG BAWA BEBANAN KEMUDIAN HARI…PENDEK KATA PENYESALAN MEMILIH KERAJAAN SEKARANG..TERASA SANGAT2 KESUSAHAN..AKU SEKARANG INI PUN SUDAH JATUH KEPADA B40..HUTANG TIDAK MAMPU DIBAYAR KERETA TERTUNGGAK,,,RUMAH TERTUNGGAK..OPR TIGA KALI DAPAT SURAT KENAIKAN..APA SEMUA NI..TAK NAMPAK LAGIKAH ORANG2 ATAS SANA..SEDANGKAN AKU BANYAK DUIT DALAM KWSP..AKU SUDAH TIADA PENDAPATAN TETAP IBARAT KAIS PAGI MAKAN PAGI KAIS PETANG MAKAN PETANG…TOLONGLAH BERI PENGELUARAN KEPADA YANG CUKUP SYARAT DALAM SIMPANAN YANG BANYAK..JIKA KERAJAAN MENGGUNAKAN DUIT KWSP UNTUK NEGARA IKRARKAN KEPADA RAKYAT SUPAYA RAKYAT TAHU..JANGAN PUTAR BELITKAN SERIBU ALASAN ..KAMI GOLONGAN YANG TERDESAK SEKARANG INI..

  9. kenapalah susah sangat nak lulus kan,kami cuma nak duet kami saja bukan nya duet kerajaan,, untuk menyara hidup besok hari yg payah ni,,kami pun tak tahu boleh hidup sampai usia tua lagi,yg jelas kami nak menyara keluarga pada esok hari,,bayar bil bil yg tertunggak hutang n MCM MCM lagi lah,,,,cuba lah Paham,,dia orang yg duduk kat perlimen cakap memang senang Kerna gaji besar,elaon hidup MCM2,tak payah nak pikirkan,,

Comments are closed.