Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang dipercayai komando Lans Koperal Edrin Daintin ditemui di pantai bakau Tanjung Sepat, dekat sini pagi tadi akan dibedah siasat di Hospital Banting esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, pihaknya telah menerima aduan dari orang awam yang menjumpai mayat mangsa yang lengkap berpakaian selam di kawasan paya bakau lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Katanya, pegawai penyiasat bersama pasukan forensik yang bergegas ke lokasi kejadian itu  mendapati satu mayat lelaki berpakaian llengkap dengan peralatan skuba berwarna hitam dan tersangkut di kawasan paya bakau.

“Pemeriksaan lanjut pada mayat itu mendapati mangsa dipercayai anggota tentera yang bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor.

“Difahamkan semasa kejadian mangsa sedang menjalani kursus juruselam di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Kem Sg Udang Melaka selama enam minggu bermula 3 Januari hingga 13 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, si mati dilaporkan hilang selepas dipercayai terlepas dari tali ikatan tangan semasa menjalani latihan akhir di Perairan Pulau Undan pada 7 Februari lalu.

“Ekoran daripada kejadian kehilangan mangsa tersebut satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai tentera yang mengendalikan kursus itu pada hari sama kejadian berlaku.

“Siasatan lanjut juga mendapati si mati berusia 25 tahun dan masih belum berkahwin sementara pengecaman mayat telah dibuat oleh abang kandung si mati,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat dipercayai komando Edrin ditemui di Tanjung Sepat

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast