Tuesday, December 3, 2024
Home Nasional PM terharu keprihatinan rakyat terhadap mangsa di Syria, Turkiye

PM terharu keprihatinan rakyat terhadap mangsa di Syria, Turkiye

Petugas yang akan melaksanakan misi kemanusiaan ke Syria

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkesan dengan sikap perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini terhadap mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

Anwar mendoakan segala misi kemanusiaan yang dilakukan oleh rakyat negara ini di kedua-dua negara itu akan berjalan lancar.

Terkini sebuah pesawat tentera yang membawa barangan kemanusiaan dalam perjalanan ke Damsyik, Syria.

“Malam semalam sebanyak 42 tan barangan bantuan hasil kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang awam telah dihantar ke Damsyik menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Saya mendoakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria oleh pasukan sukarelawan Malaysia ini dipermudahkan, Insya-Allah,” kata Anwar dalam kenyataan.

Barangan kemanusiaan yang akan dibawa ke Syria

Misi penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria yang dilanda gempa bumi awal bulan ini, berlepas dengan menaiki pesawat pengangkut A400 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, malam tadi.

Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) itu berlepas pada pukul 10.15 malam tadi dari Pangkalan Udara TUDM Subang, di sini.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan memaklumkan sebanyak 42 tan barangan bantuan kemanusiaan untuk Syria sumbangan rakyat Malaysia yang dikumpul sejak 15 Feb lepas, dibawa bersama pesawat tersebut.

Pesawat yang membawa barangan kemanusiaan

Barangan tersebut adalah makanan siap sedia dimakan, barangan keperluan bayi, bekalan ubat-ubatan, empat generator, pakaian dan selimut, kelengkapan perlindungan diri, khemah, karpet dan pemisah untuk ruangan dalam.

Penerbangan ke Syria akan mengambil masa 17 jam 30 minit melalui ruang udara beberapa negara melibatkan dua persinggahan teknikal dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast