Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa di Istana Bukit Serene hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu kualiti perkhidmatan perubatan, kemudahan dan kebersihan hospital kerajaan dipertingkatkan.

Itu antara perbincangan baginda semasa menerima mengadap Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa di Istana Serene di sini hari ini.

Dalam kenyataannya, Sultan Johor juga membincangkan mengenai penambahbaikan perkhidmatan perubatan di Johor dengan cadangan pembinaan sebuah hospital baharu berkapasiti 1,500 katil secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Berangkat sama pada peremuan itu adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Dr. Zaliha pula diriingi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu. -MalaysiaGazette