Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu oleh Korea
Utara baru-baru ini, termasuklah pelancaran satu peluru berpandu balistik antara benua
pada 18 Februari 2023.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini berkata, Malaysia amat kesal dengan insiden ini yang merupakan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan sejagat.

Tindakan Korea Utara itu hanya meningkatkan lagi ketegangan serantau dan menghalang prospek keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea.

Oleh itu, Malaysia menggesa Korea Utara supaya mengekang diri daripada sebarang tindakan provokatif dan menyalahi undang-undang, mematuhi kewajipan di bawah resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komitmen antarabangsa berkaitan, dan segera menghentikan program nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

Malaysia turut berpendapat adalah mustahak juga bagi pihak-pihak yang berkenaan menyambung semula dialog untuk mencapai pelucutan senjata nuklear secara menyeluruh, boleh disahkan dan tidak boleh diubah di Semenanjung Korea. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast