Logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka satu kertas siasatan berhubung laporan yang disiarkan oleh stesen televisyen Awesome TV mengenai cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam.

Kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 206 AKM 1998 iatu kegagalan mematuhi syarat lesen.

Apabila kertas siasatan dilengkapkan, ianya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak SKMM juga telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Awesome TV pada 20 Februari 2023 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

SKMM berkata, ia memandang serius terhadap aduan pengguna dan komited dalam usaha mempertingkat tahap pematuhan para pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I) supaya kandungan yang disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma-norma masyarakat, selaras dengan Akta Komunikasi dan Multi media 1998 (AKM 98) dan Kod Kandungan.

Setiap aduan yang diterima akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM 1998, peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara tatacara/proses aduan yang dibuat adalah seperti memanggil pihak penyiar yang diadukan untuk tampil mengemukakan penjelasan bagi menentukan bentuk tindakan penguatkuasaan yang akan diambil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast