TEHRAN – Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda wilayah Fars di tenggara Iran hari ini.
Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan Iran, gempa bumi itu berpusat di kampung Dorz.
Gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu).
Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan akibat gempa bumi itu. – Agensi