Lynas Malaysia wajar dib.eri peluang untuk mempertahankan rekod pengawalseliaan serta persekitarannya secara terbuka sejak ia mula beroperasi pada 2012. - MABC
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Syarikat nadir bumi, Lynas dikecualikan daripada bayaran cukai korporat selama 12 tahun.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse dalam Dewan Rakyat.

“Sejak pengoperasian Lynas bermula 2012, tidak ada satu sen cukai korporat dibayar kerana kerajaan beri pengecualian bayar cukai selama 12 tahun,” katanya ringkas tanpa mengulas lanjut ketika menyampaikan ucapan Penggulungan Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa yang sama, Chang berkata, Jabatan Tenaga Atom bahawa Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bersetuju untuk meluluskan permohonan bagi pembaharuan lesen operasi berkuat kuasa dari 3 Mac 2023 untuk tempoh tiga tahun.

“Dengan syarat Lynas perlu mematuhi empat syarat yang dikenakan pada tahun 2020, sekiranya syarat tidak dipatuhi kemungkinan lesen akan dibatalkan.

“Walaubagaimanapun berdasarkan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), Lynas masih boleh buat rayuan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan disampaikan,” katanya.

Baru-baru ini, Lynas dilaporkan kecewa dengan syarat memperbaharui lesen iaitu melarang import dan memproses pemekat lantanid selepas 1 Julai 2023.

Sejak beroperasi di Malaysia pada 2012, Lynas menghasilkan kira-kira 1.08 juta metrik tan sisa radioaktif (residu WLP) dan jumlah ini dijangka mencecah 1.2 juta metrik tan sehingga Julai 2023.

Pemprosesan pekatan lantanid itu, menghasilkan kira-kira 1.08 juta metrik tan sisa radioaktif. – MalaysiaGazette