pendakwaan
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan sementara sebarang pemfailan dokumen berkaitan saman bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Prof. Datuk Dr. N. Sundra Rajoo berhubung penahanan, pendakwaan dan menuntut ganti rugi lebih RM3 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ini kerana Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Tommy untuk membatalkannya tindakan saman Sundra  pada 13 Jun ini terlebih dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menetapkan mahkamah akan menunggu keputusan rayuan terbabit terlebih dahulu.

Mahkamah juga menetapkan 4 Julai ini untuk pihak-pihak memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi keputusan rayuan tersebut.

Untuk makluman, pada 21 Julai 2022, hakim telah menolak permohonan Tommy dan 12 defendan lain untuk membatalkan saman Sundra Rajoo atas alasan kes saman itu bukan kes yang sesuai dan wajar dibatalkan.

Mahkamah mengemukakan alasan ia bukan kes mudah dan adanya persoalan undang-undang ini perlu ditentukan melalui perbicaraan penuh.

Sundra sebelum ini memfailkan saman terhadap Tommy, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull dan Kerajaan Malaysia berhubung penahanan dan pendakwaan salah terhadapnya berkaitan kes pecah amanah wang AIAC pada Oktober 2021.

Beliau juga menamakan defendan lain iaitu enam pegawai SPRM yang terlibat dalam penahanannya dan dua Timbalan Pendakwa Raya dan seorang Peguam Persekutuan yang didakwa telah mendakwa Sundra Rajoo secara salah.

Beliau telah menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3,749,557.26, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah pada kadar lima peratus dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh ke atas semua jumlah yang diperintahkan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast