PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang pemandu lori maut selepas lori tangki muatan simen yang dipandunya terbabas di Kilometer 254.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat Kuala Kangsar, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian pada kira-kira 2.50 pagi itu, mangsa Mohd Asuat Azmi, 26, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian yang melibatkan tiga kenderaan.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori tersebut dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu bergesel dengan sebuah kereta dan lori muatan di lorong kanan dan kiri sebelum merempuh penghadang besi dan terbalik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Omar Bakhtiar bagaimanapun berkata, kedua-dua pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama