Scott Mctominay. Foto The Sun.

LONDON – West Ham United dilaporkan sedang menyasarkan pemain tengah Manchester United, Scott McTominay pada musim panas akan datang.

Menurut laporan dari Football Insider, Red Devils akan meletak harga sekitar £25m untuk menjual pemain kelahiran Scotland itu.

West Ham yang kemungkinan kehilangan Declan Rice musim depan dikatakan sedang mencari pemain gantian yang mampu mengisi kekosongan pemain England itu.

McTominay dikatakan akan sesuai dengan corak taktikal David Moyes di mana kontraknya akan tamat pada 2025, dengan pilihan untuk diteruskan selama setahun lagi.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menunjukkan sekilas kualiti di United tetapi tidak mendapat kesebelasan utama yang terjamin di bawah Erik ten Hag.

Dia sering bermain di luar posisi dan digunakan sebagai pemain tengah bertahan.

Kehadiran Marcel Sabitzer pula memberi United satu lagi pilihan berkualiti di bahagian tengah. – Agensi