KUALA LUMPUR – Belanjawan 2023 yang dibentangkan selama lebih dua jam di Dewan Rakyat hari ini telah mencakupi serta menjawab beberapa persoalan mustahak yang sedang didepani kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata belanjawan bertemakan Membangun Malaysia MADANI itu termasuk tentang permasalahan hutang dan persoalan tata kelola, tantangan semasa dan global serta pengarahan baharu ekonomi, kebajikan serta beberapa prinsip jelas mengenai ketelusan dan pertanggungjawaban.
“Selain itu Belanjawan 2023 turut memberi penekanan kepada soal merancakkan pertumbuhan dan kos sara hidup yang menghimpit rakyat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Perdana Menteri turut berharap rakan-rakan Ahli Parlimen dapat meluangkan masa menelaah tawaran serta cadangan yang dihidangkan dan memberikan kritikan yang bermakna agar negara ini serta ekonominya kembali bangkit, segar dan mampan demi segenap lapisan masyarakat. – BERNAMA
Berapa ahli parlimen yang menyokong belanjawan kali ini. Menjerit sana sini nak minta kwsp, tapi akhir sokong juga belanjawan apa guna?
Kesesakan dan waktu menunggu lama untuk urusan passport imigresen masih sukar diatasi. Kenapa tak mencontohi urusan jpj untuk urusan menghidupkan cukai jalan dan lesen kenderaan boleh di buat di pejabat pos dan cawangan. Justeru untuk mengatasi masalah kesesakan urusan menghidupkan passport boleh di buat du mana mana pejabat pos. Tak perlu beratur panhang di jabatan imigresen. Tak kan itu nenteri tak boleh fikir.