Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sebaliknya, kerajaan menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk melaksanakan cukai barangan mewah tahun ini dengan had tertentu mengikut jenis barangan tersebut.

“Semua barangan mewah seperti jam tangan mewah, fesyen mewah akan dicukai,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan akan melaksanakan Cukai Keuntungan Modal.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette