KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan bertanding mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia yang disandangnya sekarang.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong telah menghantar sendiri borang pencalonan di ibu pejabat UMNO pagi tadi.

Beliau akan dicabar oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO sejak 2008 hingga 2018.

Selain Shahrizat, Datuk Norliza Abdul Rahim juga dijangka bertanding jawatan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast