shahrir samad src majlis peguam
Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – “Apa dah jadi negara kita ni?” soal Tan Sri Shahrir Samad.

Veteran UMNO ini berkata, ada wujud protokol yang terbentuk secara sendiri untuk meletakkan hakim sebagai kebal daripada siasatan salah laku.

Ini kerana, menurutnya, tidak pernah orang awam dimaklumkan tentang wujudnya protokol bagi penyiasatan seorang hakim.

”Alih-alih dimaklumkan ada ‘protokol’ pula!,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang berkata, siasatan ke atas hakim mesti dilakukan mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan Badan Kehakiman.

Antara protokol yang perlu dipatuhi ialah badan siasatan mesti terlebih dahulu berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim berkenaan; badan siasatan tidak boleh menghebahkan fakta siasatan tanpa kebenaran ketua hakim negara; dan pendakwa raya mesti berunding dengan ketua hakim negara ketika siasatan termasuk dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman melalui permohonan dua peguam dan seorang aktivis untuk merujuk dua persoalan perlembagaan berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Dalam kes Mohd Nazlan, Tengku Maimun berkata, ketua hakim negara tidak dimaklumkan berhubung perkara itu, sekali gus menunjukkan tiada niat baik dalam siasatan terbabit.

Beliau kemudian memerintahkan kes saman pemula berkenaan dipulangkan kembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan berdasarkan persoalan perlembagaan yang dijawab Mahkamah Persekutuan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Perlu ada kes tulen, niat baik dalam siasatan SPRM ke atas Mohd Nazlan – Tengku Maimun

2 Komen

  1. Dah jadi macam cerita kelakar pulak? Protokol apa?

    Kalau semua pihak betul2 nak hapus RASUAH, tiada siapa boleh terlepas dari siasatan SPRM termasuk kesemua hakim2. SPRM punyai SOP yang mantap dan jelas.

Comments are closed.