Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk melaksanakan inisiatif Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Ia melibatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.

PTPTN juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan

Katanya, permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac depan.

“Inisiatif ini menunjukkan keprihatin Kerajaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini sekali gus meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.

“Justeru, pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“PTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.

Mereka boleh menghubungi PTPTN melalui saluran Careline PTPTN di 03 – 2193 3000, Live Chat di www.ptptn.gov.my, e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/ dan Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast