IMBAS KEMBALI..Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 07 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – ‘Rasa lain sikit belanjawan tahun ini’.

Itu kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengenai pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, kelainan itu bukanlah disebabkan jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan sebaliknya kerana mendengar pembentangan daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usually (selalunya) saya yang bentang, tapi kali ini saya yang dengar pula,” kata bekas Menteri Kewangan itu sambil berkongsi emoji wajah ketawa sehingga keluar peluh.

Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika pentabiran Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada tahun 2020 dan 2021.

Perkhidmatan beliau sebagai Menteri Kewangan disambung oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengambil alih pentadbiran negara pada Ogos 2021.

Beliau berkesempatan membuat pembentangan belanjawan negara sebanyak tiga kali iaitu untuk tahun 2021, 2022 dan 2023.

Sementara itu, beliau menyambut baik belanjawan yang dibentangkan oleh Anwar yang juga Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

“MITI sambut baik inisiatif-inisiatif yang diumumkan. Kami akan berusaha keras bagi memastikan segala perancangan ini dilaksanakan sebaiknya,” kata Tengku Zafrul di Twitter.

Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar membentangkan Belanjawan 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Anwar berkata, selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion tahun lepas. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. kami rakyat bukan nak kan duit kerajaan padahal duit kerajaan tu pon dtang dr kami juga… skrg ni kami nak duit simpanan kami sendiri (KWSP) utk kami selesaikan hutang2 kami.. kami x minta duit kerajaan pon… setakat bg 100 apa boleh bayar.. mentang2 yg bujang ingat x da tanggungan ka… dah la sblom ni buat rayuan pon ckap pendapatan melebihi… dan skrg sy sendiri di berhentikan kerja ketika pkp.. diistiharkan muflis ketika pkp.. sampai sekarng sy x boleh nak buat kerja yg ada pendapatan tetap… semua acc bank sy di bekukan.. pendapan harian hanya 30 ja sehari… tu pon klu sihat.. klu sakit dah x boleh nak buat kerja… ngan nak bg mkn mak ayah yg dah brusia lg… yg kerajaan tau jangka masa pesaraan… klu jangka masa skrg pon x boleh nak hidup buat apa semua tu.. ka sbb lepas kami ni mati duit2 kami tu kerajaan ambik sbb dah x da pewaris… bg yg ada waris x pa la.. kami mmg kecawa dgan Pemimpin2 sekarang ni.. mmg la PM x ambik gaji… sbb sblom ni mmg dah kaya.. kami ni… klu x da gaji nak mkn apa.. pikir la sikit..

Comments are closed.