MCW akta pendanaan politik GLC komisen judi

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd Nazlan Ghazali perlu mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan badan kehakiman menimbulkan pelbagai persoalan.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mempersoalkan apakah sebenarnya protokol yang dinyatakan dalam alasan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan siasatan SPRM terhadap Mohd. Nazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Ini kerana tiada sebarang garis panduan atau peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) mahupun Perlembagaan berkaitan penguat kuasa undang-undang perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua Hakim Negara sebelum menjalankan sesuatu siasatan.

Menurutnya, di bawah Akta SPRM 2009, tidak ada protokol untuk diikuti sekiranya ada sebarang aduan terhadap seorang hakim.

Sebaliknya, sekiranya ada aduan, SPRM diberi kebebasan untuk menyiasat tanpa perlu rujuk kepada sesiapa pun.

”Berdasarkan alasan penghakiman tersebut, adakah badan kehakiman telah menetapkan satu protokol sebagai rujukan bahawa penguat kuasa perlu mengikuti kaedah ini?

”Jadi adakah ini dianggap sebagai satu prosedur baharu?,” soal MCW.

Tegasnya, sebelum ini, Badan Pencegahan Rasuah (BPR)/SPRM juga pernah menyiasat beberapa hakim kanan, namun tidak pernah disebut perlu memaklumkan kepada Ketua Hakim Negara.

Artikel berkaitan:Perlu ada kes tulen, niat baik dalam siasatan SPRM ke atas Mohd Nazlan – Tengku Maimun

PM kena campur tangan isu SPRM kena ada ‘protokol’ siasat hakim – Zaid

SPRM badan bebas, tiada keperluan maklum siasatan kepada Ketua Hakim Negara – Penganalisis

Tak pernah dimaklumkan ada protokol untuk siasat hakim – Shahrir

Memang kerja SPRM siasat, apa masalahnya? – Peguam

Laporan siasatan SPRM berkaitan Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

Kes bekas Ketua Hakim Tun Eusoff Chin Tun Eusoff Chin yang bercuti bersama seorang peguam terkenal, merupakan contoh kes yang pernah disiasat BPR.

Malah BPR ketika itu didesak untuk menyiasat ketua hakim, begitu juga, terdapat terdapat hakim kanan yang lain juga disiasat.

Ketika itu, tiada satu pun forum kehakiman menyebut tentang protokol ini,” ujarnya.

MCW berhujah, adakah dengan mengenakan protokol ini pihak badan kehakiman tidak menceroboh bidang kuasa eksekutif.

”Jadi di manakah pengasingan kuasa di negara ini? Adakah badan kehakiman seolah-olah memaksa eksekutif untuk mengikut protokol pihaknya? Adakah badan kehakiman tidak campur tangan dalam siasatan SPRM?,” tanya MCW lagi.

Seperti yang telah disebut di Parlimen, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah menyerahkan laporan penuh siasatan kepada Ketua Hakim Negara untuk mempertimbangkan salah laku hakim di bawah Kod Etika Hakim.

Jadi, tugas penyiasat adalah untuk membuktikan atau menyangkal kes itu.

Malah, dalam laporan itu SPRM tidak menyebut tentang jenayah wang tersebut namun hanya menyebut tentang salah laku.

Sewajarnya, seorang ketua jabatan seharusnya mengalu-alukan siasatan dan mengatakan bahawa pihaknya ingin mengetahui penemuan itu secepat mungkin.

”Jika terdapat dakwaan salah laku terhadap hakim, siapakah yang akan membersihkan hakim? Bagaimanakah badan kehakiman tahu bahawa hakim tidak melakukan sebarang kesalahan melainkan terdapat penyiasatan yang dijalankan oleh penyiasat?

”Jadi adakah ini bermakna badan kehakiman boleh menyiasat hakimnya sendiri jika terdapat laporan salah laku terhadap mana-mana hakim? Bolehkah institusi tersebut membersihkan diri mereka sendiri?,” tambah MCW. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Mungkin perlu untuk melindungi hakim hakim yang salahguna kuasa salahguna kedudukan dan rasuah sebab mungkin juga ketua hakim jugs terlibat ini juga mungkin melindungi diri sendiri dari disiasat dan didakwa

  2. Kalau benar2 ikhlas mahu basmi RASUAH, tak usahlah ada protokol2 tertentu yang membataskan kerja2 SPRM. Itu pun kalau semua pihak benar2 mahu menghapuskan RASUAH?

Comments are closed.