Oleh HAFIZ HASSAN
KETUA Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat tidak boleh memaksa cabang eksekutif di negara ini untuk berunding atau meminta kebenarannya sebelum siasat seseorang hakim bagi dakwaan kes jenayah, kata Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil.
Isham menegaskan bahawa tidak terdapat protokol dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang kerana ia melibatkan isu jenayah bukannya isu etika hakim. https://malaysiagazette.com/2023/02/25/ketua-hakim-negara-tak-boleh-paksa-cabang-eksekutif-berunding-isham/
Isham mengulas kenyataan Tengku Mainum bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilakukan tanpa mengambilkira aspek berkaitan kebebasan kehakiman, tidak mengikut protokol dan tanpa rundingan.
Perlu diingat bahawa ākenyataanā Tengku Maimun adalah kenyataan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan. Tengku Maimun hanya menyampaikan penghakiman yang dicapai secara sebulat suara oleh tujuh hakim mahkamah tertinggi negara.
Mahkamah Persekutuan boleh dianggotai oleh sejumlah hakim yang tidak melebihi sebelas orang. (Lihat PU(A) 163/2009)
Dalam kata yang mudah, tujuh hakim yang bersepakat dalam penghakiman memberikan penghakiman tersebut suatu penghakiman yang kukuh.
Menurut Isham, di negara-negara lain termasuk di England dan Amerika Syarikat, ājika hakim buat jenayah, pihak berkuasa boleh siasat, tahan dan dakwa hakim tersebut tanpa minta kebenaran atau berunding dengan ketua hakim.ā
Tetapi, England tidak mempunyai mempunyai suatu perlembagaan yang bertulis sementara perlembagaan Amerika Syarikat tidak seperti Perlembagaan Persekutuan yang memperincikan hak, jaminan dan prinsip yang berlaku dengan jelas.
Dalam penghakiman yang disampaikan oleh Tengku Maimun, Mahkamah Persekutuan terpanggil untuk menjelaskan prinsip-prinsip perundangan dan perlembagaan yang terpakai. Penghakiman tersebut tidak terhenti pada memberikan jawapan positif atau negatif terhadap persoalan-persoalan undang-undang perlembagaan yang diajukan oleh Mahkamah Tinggi untuk untuk dijawab sendiri oleh mahkamah tertinggi negara.
Baca penghakiman yang berbunyi begini:
āWe do think that this is not the end of the matter and the effect of this judgment must be clarified as the concerns on judicial independence raised by the appellants are real.ā
Ia menambah:
āWhile this case seeks to question the constitutional limits of the respondents and other criminal investigative bodies to investigate Superior Court Judges, our answers to the generic Questions in a constitutional sense are not otherwise a broad sanction for the said bodies to have a free hand in criminal investigations.
āThis observation of ours is borne out by the real and apparent concerns raised by the appellants and the Bar on the significance of separation of powers, the bane of democracy and attacks on the independence of the Judiciary.ā
Kepentingan prinsip pemisahan kuasa (separation of powers) dan kebebasan kehakiman (judicial independence) itulah yang telah mendorong Mahkamah Persekutuan untuk tidak terhenti setakat memberikan jawapan positif atau negatif terhadap persoalan-persoalan undang-undang perlembagaan yang diajukan kepadanya.
Hakikatnya, Mahkamah Persekutuan akur bahawa SPRM dan badan penyiasat yang lain diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat, dan Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Hakim.
Tetapi, kuasa yang diberikan itu hendaklah digunakan āin good faith and only in genuine casesā.
Penghakiman yang disampaikan oleh Tengku Maimun menyatakan lagi:
āCriminal investigative bodies, whenever they investigate anyone, are bound to comply with the law. The onus on them to comply with the law is even more onerous when it concerns a serving Superior Court Judge because not only are they bound by the said Judgeās guarantees of fundamental rights under the FC, due process of the law governing their powers and criminal procedure, but also the prohibition against judicial interference.ā
Isham semestinya akur bahawa kebebasan kehakiman adalah prinsip yang mesti dipertahankan.Ā Badan-badan penyiasat adalah badan eksekutif. Oleh kerana itu, siasatan oleh badan-badan ini boleh menjadi suatu gangguan terhadap badan kehakiman.
Bukan tidak boleh menyiasat Hakim, tetapi Perlembagaan Persekutuan itu sendiri membayangkan adanya piawai (standard) yang lebih tinggi apabila siasatan dibuat terhadap Hakim.
Jangan sampai melanggar prinsip kebebasan kehakiman.
Menurut Tengku Maimun, Perlembagaan Persekutuan membayangkan bahawa sesebuah badan penyiasat hendaklah merujuk kepada Ketua Hakim Negara sebelum memulakan siasatan terhadap Hakim. Ini kerana Ketua Hakim Negara barangkali mengetahui sesuatu yang tidak diketahui badan penyiasat. Lebih penting lagi, ia adalah salah satu jaminan terhadap kebebasan kehakiman.
Bukan memaksa, tetapi itulah yang tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan.
–Hafiz Hassan, Kuala LumpurĀ
Nota Pengarang: Penulisan yang dikongsi oleh penulis tidak menggambarkan pendirian atau pandangan MalaysiaGazette.
Sebarang pandangan sila e-mel kepada [email protected]
Dan bagaimana Maimun boleh tahu SPRM ada ‘niat tak baik’? Dia mana tau? Ada bukti? lagi satu..Maimun kata, nak siasat, kena minta izin dia dulu..sebab dia jaa tahu ‘niat’ SPRM…undang2 mana yg dia pakai? Nak siasat Maimun kena minta izin Maimun?? Dan Jgn lupa Maimun dan kawan2 dia tu pun dilantik tak ikut undang2 oleh Mahathir dan Tommy Thomas…lagi mahu sebut pasal protokol kaaa??
Ohh jgn lupa, Hafiz Hassan ni dia juga tulis benda yg sama mempertahankan T. Maimon di media lain mcm di FMT, dll..beriya2 dia defend T..Maimon…dia kritik Zaid Ibrahim, Isham Jalil dll…dia ni diiupah kaa?
Barangkali SPRM juga lebih tahu dari apa yang ketua hakim tidak tahu mengenai sesuatu kes rasuah? Kalau semua pihak benar2 ikhlas ingin basmi RASUAH, ramai natizen cadangkan supaya tiada protokol2 tertentu untuk menyiasat badan2 tertentu, ianya lebih telus. SPRM telah menjalankan kerja2 mereka dengan bergitu baik sekali.