Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai penjara ketika hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 08 FEBRUARI 2023.

Pendengaran semakan dipohon Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekal sabitan dan hukumannya sejak minggu lepas mendapat pelbagai reaksi terhadap hujahan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan.

Antara isu menarik yang dibangkitkan peguam Najib adalah mengenai ulasan yang dibuat suami kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat melalui hantaran di Facebook mengenai bekas Perdana Menteri itu pada 2018.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, penularan perkongsian maklumat antara suami dan isteri boleh berlaku dan isu itu perlu dipertimbangkan secara serius kerana perkongsian maklumat tersebut boleh mempengaruhi Tengku Maimun dalam membuat keputusan.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonan rayuan menyemak sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang membabitkan anak guamnya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 22 FEBRUARI 2023.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berkata, hantaran Facebook itu tidak menunjukkan suami Tengku Maimun mempunyai permusuhan peribadi terhadap Najib, ia sebaliknya merupakan ulasan umum tentang rakyat di media sosial.

Katanya, hantaran itu adalah ulasan peribadi mengenai senario politik yang membawa kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14.

Sithambaran mendakwa pemfailan permohonan penarikan diri (Ketua Hakim Negara) adalah percubaan terakhir yang terdesak untuk tidak meneruskan pendengaran rayuan.

Ini kerana, katanya, secara kebetulan Najib mengetahui daripada hantaran Facebook awam beberapa jam sebelum tamat pendengaran rayuan pada 23 Ogos tahun lalu.

Kenyataan Sithambaram mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen terutamanya penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram hadir ke mahkamah pada hari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar permohonan rayuan menyemak sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 20 FEBRUARI 2023.

Mengimbas kembali kes SRC International Sdn. Bhd. yang bermula pada 2018, Majlis Peguam Malaysia menggesa Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang pada awalnya mendengar kes itu untuk menarik diri susulan laporan yang mengatakan hakim tersebut merupakan adik kepada exco Pahang dan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Benta, Datuk Mohd Soffi Abdul Razak.

Majlis Peguam berpandangan hakim itu perlu menarik diri daripada terus mendengar kes terbabit demi keadilan.

Sebelum itu, media melaporkan mengenai pertalian darah antara Mohd Sofian dan Mohd Soffi, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah jika hakim Mahkamah Tinggi itu terus mendengar kes membabitkan Najib.

Hakim itu menarik diri dan digantikan dengan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Netizen terus mempersoalkan tindakan Mohd Sofian mengundur diri atas dasar terdapat pertalian darah dengan abangnya dengan perbandingan perhubungan antara Tengku Maimon dengan suaminya.

Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Foto MUHD NA’IM, 09 JANUARI 2023.

Sejauh mana Tengku Maimun tidak mempunyai konflik kepentingan dalam kes ini.

Selain itu, ketika keputusan kes rasuah projek solar hibrid membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahwa Rosmah cuba mengaitkan rakaman audio dan transkrip mengandungi ayat Can I advise you something? dengan ‘perbincangan biasa’ antara suami dan isteri.

Hakim itu berkata, rakaman tersebut jelas menunjukkan Rosmah memberi arahan kepada Najib mengenai hal ehwal kerajaan dan mendominasi Najib.

Tetapi apabila kes membabitkan suami Tengku Maimun, pihak pendakwaan berhujah bahawa hantaran Facebook tidak menunjukkan beliau mempunyai permusuhan peribadi terhadap Najib, sebaliknya ia merupakan komen umum tentang rakyat di media sosial dan ia tidak mempengaruhi Tengku Maimun.

Katanya, tiada kaitan antara hantaran itu yang disiarkan pada 11 Mei 2018 dengan rayuan Najib di hadapan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lepas.

Hujahan itu sekali gus mencetuskan persoalan adakah Najib akan mendapat keadilan dalam kes SRC International atau terus meringkuk dalam penjara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Seronok membaca artikel badan hakim berat sebelah diatas, memang ada logicnya.
    Kalau kat luar negara sana, ada kes2 setelah 20 30 tahun dipenjara akhirnya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.

  2. Kalau hakim Sofian kena tarik diri..kalau Maimon tak paaa…Maimon pun buat protokol sendiri..lepas tu protokol tu dia paksa kpd eksekutif utk patuh…ni jelas2 campurtangan Badan Kehakiman keatas Badan Eksekutif dan buat undang2 sendiri seolah2 Badan Kehakiman tu ialah Parlimen atau Badan Legislatif..kat mana Doktrin Pemisahan Kuasa tu?? pundek laa

  3. mana2 hakim yang ada komplek kepentingan dgn kes yg sedang di bicarakan hemdaklah harus di keluarkan darpada mengadili pembicaraan kes tersebut. jgn di belakang, dulu ko boleh pula, sekarang aku tak boleh pula jadi utk mengelakan perkara yg boleh menimbul ketidak adilan ke atas pembicaraan, perkara tersebut perlu dan wajib di elakkan.. jgn smpai kepercayaan terhadap badan kehakiman dan perundangan negara kita di perkecilkan dan di pandang serong.

Comments are closed.